A

Le' Moustache

EntriesDarlinksCredits



Si Penghuni


☑Syazana Abd Shukur ☑Islam ☑Melaka ☑Jodoh rahsia Allah.


Bintang Hati


Surat.
Tuesday, 18 June 2013 | 0 comments
      Assalamualaikum dan selamat malam pembaca blog.Izinkan aku bercerita.Ceh.Kisahnya bermula bila sedang khusyuk belajar Perdagangan dengan mata yang mendayu-dayu,tiba-tiba Cikgu Hafsah keluarkan beberapa keping helaian kertas yang persis sekeping surat yang belum diisi.Tujuan surat tu adalah untuk membantu para pelajar 5ICT mengenal proses dan konsep 'POS'.Cikgu pun bacakan surat yang dia kirim masa di Amerika untuk arwah ibunya dan surat anaknya dari PLKN Sembrong.Serius,sayu hati.




     Korang dapat bayangkan apa jadi selepas tu?Kami kena tulis sepucuk surat untuk 'Ayanda atau Bonda'.Tersentap jiwa dan raga masing-masing mendengar perkara tuu.Ada yang terkeruk-keruk nak buat macam mana.Ada yang steady nak buat.Dan perlu bayangkan bagaimana tak terharu bila kami kena tulis surat tu dalam keadaan cikgu buka lagu yang menusuk kalbu tentang pengorbanan seorang ibu.Mauu tak mengalir air mata kebanyakkan pelajar 5ICT.Tapi aku tak,aku tahan dalam hati.Malu nak tunjuk.Nanti orang fikir aku ni kememehh lebih.Sebenarnya aku minta sekeping lagi surat tadi,bukan kerana karangan aku tak cukup,tapi aku nak bagi untuk Cikgu Hafsah pulak.5ICT,sorry tauu sebab aku pinjam nama kelas kita untuk mohon restu kat Cikgu Hafsah.Aku tak berapa ingat apa aku tulis tadi,tapi ada certain-certain je aku ingat.Aku nak kita berubah sama-sama.Berjaya sama-sama.Ingat pengorbanan cikgu.Jangan main main kan cikgu lagi.



Ini antara isi yang terkandung dalam surat tu;
-Umie,terima kasih dekatkan kami ke jalan Allah.
-Cikgu,berkatilah segala ilmumu.Semoga kami menjadi pemimpin yang berguna kepada nusa/negara.
-Kami memang nakal,kami memang degil,tapi percayalah Cikgu,kami bukan manusia yang jahat.
-Sukar untuk kami memperolehi A+,tapi jika A,insyaAllah kerana kemampuan kami terbatas.
-Doakan kami berjaya dalam SPM serta masa depan yang cerah.
-Cikgu,maafkan segala kesulitan yang kami lakukan kerana tidak terlintas di hati kami untuk berbuat demikian.Tetapi kami terpaksa untuk keseronokkan.Tapi kami akan ubah.
-Kami sayang Umie Hafsah :')



“The women I know with strong personalities, the ones who might have become generals or the heads of companies if they were men, become teachers. Teaching is a calling, too. And I've always thought that teachers in their way are holy angles leading their flocks out of the darkness.”





Older Post | Newer Post